December 25, 2011

Pesanan kepada mereka yg perlu dipesan

TAHUN 2011. aku tak dpt pergi majlis haul habib al-attas, tp aku dpt rasakan majlis tu setiap tahun memang meriah dengan kedatangan para ulama dari mekah,yaman,madinah mahupun indonesia. 

ni sedikit petikan sebahagian dari ulama yg berucap pada malam haul pd mlm tu.
nikmatilah dengan penuh penghayatan .
dengan lafaz bismillah.....

(HABIB MAHDI BIN ABU BAKAR HAMID)
                                                       (HABIB AHMAD AL_HADDAD) penterjemah

salah seorng ulama' yg hadir ke majlis hol ni ialah HABIB MAHDI dan antara pesanan beliau ialah         
(*keuntungan dari majlis ilmu ialah syurga ALLAH)
(*sabda hadis rasulullah:keampunan bg mereka yg hadir ke majlis ilmu walaupun niatnya bukan untuk menuntut ilmu lalu malaikat berkata"YA ALLAH KENAPA ENGKAU MENGAMPUNKAN MEREKA SEDANGKAN YG DTG ITU BKN UNTUK MENUNTUT ILMU"lalu ALLAH berkata" BERBAHAGIALAH KAMU SEMUA YG HADIR KE MAJLIS ILMU WALAUPUN NIATNYA LAIN DAN TIDAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN"........
(*Sesungguhnya ALLAH itu maha hidup dan maha pemurah dan ALLAH malu untuk menolak doa hambanya yg memohon kepadanya)
(*BARANG SIAPA mengatakan YA ARHAMARRAHIMIN  3KALI maka malaikat dtg kepadanya lalu berkata "apa yang kamu mahu drpda ALLAH?)


 (HABIB DR ABDUL QADIR AL-HABSYI)


salah seorng lagi ulama' yg hadir yg berasal dari indonesia.beliau mendapat gelaran DR setelah mengambil PHD di universiti AL-AZHAR  hanya belajar disana selama 7 tahun dan antara pesanan beliau ialah


(*kalau kamu jujur kepada ALLAH maka ALLAH akn jujur kepadamu)
(*sebuah kisah yg diceritakan oleh beliau
ketika RASULULLAH berangkat untuk meruntuhkan benteng haibar,ditengah jalan RASULULLAH  seseorng yg memerlukan kepada pertanyaan tanpa memanjangkan cerita lagi lelaki ini pon memelok islam.....nabi tahu bahawa lelaki ini jujur dan ikhlas.....lalu mengikut nabi ke perang haibar.............di dalam peperangn ini islam menang.....dan nabi membahagikan ghanimah kepada lelaki yg baru memelok islam itu.....lelaki itu menolak kerana lelaki itu msok islam kerana allah dan bukan kerana harta.....beliau berkata kepada nabi yg bahawa beliau ingin syahid dengan menunjukkan tombak terhunus ke dalam leharnya............di dalam peperngn seterusnya lelaki itu pon syahid...apabila RASULULLAH melihat lelaki itu syahid sama seperti lelaki itu  menunjukkan tombak terhunus kedalam lehernya ketika berkata dengan rasulullah pada peprangn haibar lalu nabi bersabda kalau kau jujur kpd allah.....allah akan jujor kpd kau)



  (KIAI SYUKRAN) 

salah seorang ulama yang berasal dari indonesia dan antara pesanan2 nya ialah

(*jangan pandai makan jasa tapi pandai pula untuk berjasa)
(*dari petikan kitab riyadus sholihin sabda RASULULLAH 
diantara perkara yang aku takot setelah kewafatan aku adalah nanti di akhir zaman dunia akan menjadi moden dan pesat membangun dan akan berlaku perubahan pemikiran dan menyebabkan semua perkara mementingkan duit)
(*drpd hadis RASULULLAH barangsiapa yang menghidupkan sunnahku di tengah kerosakan umat
maka pahalanya seperti mati syahid)

Bismillahirrahmanirrahim.......

Ulama
 (علماءditransliterasikan sebagai ‘Ulamā’) ialah seorang pemuka atau pemimpin agama yang bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam baik dalam masalah-masalah agama mahupun masalah sehari-hari yang diperlukan baik dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan.
Ulama berasal dari perkataan alim yang bermaksud seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal ehwal agama dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Seorang yang alim juga dilihat dari sudut pakaian dan kehidupan luarannya. Seorang ustaz atau tok guru selalu dilabel sebagai alim kerana mereka memiliki ilmu ukhrawi berbanding ilmu duniawi. Mufti, qadi, faqih dan muhaddith adalah contoh ulama.
begitu penting ulama terhadap masyarakat dunia untuk membimbing kita di jalan yang diredhai Allah, tanpa ulama pasti kita akan tersesat. kat sini aku nak perkenalkan sedikit ulama2 yg aku kenal dan juga aku kagumi.


Habib Hassan bin Syed Ahmad al-Attas 
pengasas Madrasah Al-Attas Al-Arabiah
juga tokoh islam sepanjang zaman.


Habib Umar bin Hafiz
tokoh ulama Tarim Yaman



ALI ZAIN AL-ABIDIN AL-JIFRI
anak murid kepada habib umar al-hafiz



Habib Zain Bin Ibrahim Bin Smith
Ulama Madinah juga dipanggil syafie'e sohgir kerana kepakarannya berkaitan fiqh


Habib Ali Zainal Abidin
anak murid dan juga penterjemah kepada Habib Umar


Syeikh ridwan
dari mekkah, sedang membaca qasidah di surau madrasah




Saja aku selitkan gambar tok-tok guru aku . tanpa mereka siapalah aku....
ustaz hatta bin syukri . (kanan)
anak murid kepada Habib Umar Hafiz ketika menuntut di Yaman
.guru bahasa arab aku sepanjang zaman siang dan malam. 

Khalid Amin
Guru Balaghah dan Nahu Sorof


Ustaz Fuad bin Salim dan isteri.
Guru bahasa arab

SEKIAN TERIMA KASIH DAN RENUNG-RENUNGKAN

December 11, 2011

Goodbye 2011 Welcome 2012

assalamualaikum ! alhamdulillah semuanya berjalan dgn baik. 
berakhirnya tahun 2011 n tiba la 2012 bakal menjelma .
tiba lah masa untuk kite bhijrah , masakan dulu kite jahat hijrah la kepada baik 
serta mjadi insan yg dipandang disisi masyarakat dan yg penting Allah S.W.T.

not bad la kan warna darkbrown. bsyukur aku sgt2.
mulai saat ini aku akan berazam ntuk teruskan pjuangan aku untuk belajar hingga aku berjaya dlm khidupan
aku akan banggakan famly aku . insyallah...

mulakan azam baru untuk tahun baru 2012 ni . 
azam ni akan buat kan kite terus bsemangat utk teruskan life insyallah.





Ada lagi .

sebenarnya aku dah fikir masak2 , laptop yg ayah aku belikan ni aku tinggalkan kt rumah utk kegunaan adik beradik aku kt rumah serta mak aku kn, nanti bile aku dpt gaji utk bulan 12 aku gune kan gaji aku tu utk beli netbook yg aku idam2 kan . ni dia

sebab ape? si dia pun nak beli netbook warna yg sama , tp tak tau bile die nak beli. hee
tp die ade ckp nak colour pink jugak . bile aku tgk warne pink pun oke jugak ,
untuk perempuan la kn, lelaki tak sesuai pakai pink. mat jembu..
haha...
tunggu lah ye nanti kite punyai netbook yg sama colour.
p/s (mira)

October 21, 2011

SOMETHING NEW : kawan perempuan

Okay hari ni 22.11.2011 . aku bukak semula blog aku yg dah lame terbelengkalai ni, mule2 nak bukak mcm dah lupe password . tahun ni aku jarang update blog , boleh dkira dgn jari la kalau nak update ni . tak mcm sesetengah org rajin meng'update blog dorang . jenis org macam tu aku salute . serius .... nak share sket psl entry kali ni . tp mende ni dah lme blaku dlm bulan puasa . lmbt kn aku update ? sekarang baru nak cerite . hmmm.. tahun ni birthday aku tiba dibulan ramadhan , dpt call free kn . aku call kwn2 aku , call dan call smpi la dlm pukul 2 am lebih, sesudah tu aku tak tau nak call sape lg , then aku belek2 number phone yg laen2 . terjmpe plak number phone kawan plkn aku ni . nak cite siket pasal die , sepanjang aku menjalani latihan khidmat negara(plkn) aku tak pernah jmpe die , malah tak pernah knl die apatah lg nampak muke , pelik kn .. penghujung plkn aku terserempak dgn die dlm kelas . lastday . aku mcm minat kt die . aku mintak number phone si awek tu kt member aku katanya 1 skolah ,sebelum tu kawan aku ni bg peringatan , kalau nak usha die baik tak payah. mmg tak kn dpt. aku ketawa terbahak-bahak. the end..

NI ORANGNYA
sebelah kanan.


aku cerite yg seringkas-ringkasnye la . kalau tanak bace tape , ni cume luahan ilusi aku.. aku call yg si awek plkn tu, selame ni cume text je.., eh sorry tak sebut name die, namanya amirah najwa , aku panggil die  mira . dari pukul 3 pagi smpi la waktu sahur call die , lame beb , jenis yg banyak ckp , ade point. bagus ! aku salute die , sejak dari tu kami mula rapat .

- setakat ni dah 2 kali aku jumpe die . 
aku dpt simpul kn yg 
dia BAIK sgt, amat SOPAN , PERAMAH ,  BUDI BAHASA org nye dan seorang yg MURAH HATI & RENDAH DIRI. pakej la org kate...
ALHAMDULILLAH smpai sekarang aku masih berkawan dgn die. kami suka berbual dgn perbualan yg berbaur ilmiah dan tntg agama , dgn itu hubungan kawan tu insyallah berkekalan,
Rasulullah bersabda : ( salah satu perkara utk mdptkan kemanisan iman adalah mencintai seseorang itu kerana Allah. )

tu je sebenarnye aku nak tulis kt sini , tade klimaks , tiada kontroversi tiada konspirasi juga tiada unsur illuminati

P/S : aku tulis entry pasal die ni bukan atas dasar aku obses dgn die , just menghargai jasa seorang teman .TERIMA KASIH dan silalah minum kopi ni 


HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

August 1, 2011

Hantu Dibulan Ramadan

BLOG !! lu ape cite skrang? haha
lame beb aku tak update blog ni , ntah2 da berhantu branak lima.. 
aku sbenarnye busy sangat2 doe nak update lu . 
nak2 gua skrg ni study . lg la busy beb...
kalau aku update pun mende bangang2 je aku post kn entry yg aku copy paste . 
hahahaa . aku pun tak tau knpe .. 
skrg pun da masuk bulan barakah . bulan ramadan . 
bulan feveret aku tuh.. haha bulan ni la yg akan mgajar kite semua umat islam erti kesabaran .
sbb tu la bulan ni dpanggil bulan madrasah iaitu bulan sekolah , bulan ramadan ni akan myekolahkan kite . hee

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” [Al Baqarah:183]
Dari ayat di atas kita ketahui bahwa tujuan berpuasa itu bukan sekedar menahan lapar dan haus. Tapi agar kita jadi manusia yang bertakwa. Takwa itu artinya menjalankan seluruh perintah Allah dan menjauhi semua larangannya.
Doa tahan puasa :
DENGAN NAMA ALLAH
 ( Allahumma wabaringsana wabaringsini wataktahan wamaumati
walihatjam masihlamalagi takdenasi watibaimeggi nantilainkali wakasiganti )
AMINNN
hahahaa
sekadar gurauan dibulan puasa saja . 
selamat berpuasa semua

July 31, 2011


Memandangkan ramai sudah tahu tentang kaifiat puasa, saya cuma menyenaraikan sedikit kemusykilan yang mungkin ada berkaitan puasa.

1. Semasa mengerjakan ibadah puasa, saya telah termuntah dengan teruknya sebanyak 3 kali. Adakah puasa saya telah terbatal?

Tidak batal kerana saudara muntah dengan tidak sengaja.

2. Adakah sah puasa saya sekiranya saya memberus gigi selepas azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?

Sah puasa memberus gigi selepas azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.

3. Saya ingin bertanya apakah hukumnya samada batal atau tidak puasa sekiranya saya memakai kanta sentuh (contact lens) di bulan puasa kerana saya akan menitikkan ubat mata (lens drop) apabila mata saya kering?

Sah puasanya kerana mata bukanlah rongga yang terbuka. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.

4. Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi yang berpenyakit asma) semasa berpuasa?

Menggunakan 'inhaler' semasa berpuasa boleh membatalkan puasa. Dalam hal ini perlu dilihat orang yang berpenyakit asma yang kehidupan hariannya sepanjang hayat bergantung kepada penggunaan 'inhaler' (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan. Tetapi jika penggunaan 'inhaler' hanya pada waktu ia memerlukan sahaja (kritikal) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa, puasa tersebut dihukumkan terbatal dan ia wajib mengqada semula puasa tersebut.

5. Apakah kedudukan puasa bagi wanita yang telah kekeringan haid pada waktu malam bulan Ramadhan tetapi tidak sempat mandi hadas besar sehingga terbit fajar?

Menurut ulama shafi'iyah terdapat 4 perkara yang menentukan sah atau tidaknya puasa seseorang. Antaranya:

Islam
Berakal
Suci dari haid dan nifas sepanjang hari
Dilaksanakan pada waktunya

Sekiranya seseorang itu didapati telah kering haidnya pada malam bulan Ramadhan, sewajarnya dia segera menyucikan dirinya dengan mengangkat hadas besar(mandi hadas). Ini supaya dia dapat berpuasa pada keesokan harinya setelah berniat pada malam harinya.

Dalam kes ini, sekiranya wanita terbabit tidak sempat untuk mengangkat hadas besar sehingga terbitnya fajar, maka puasanya tidak sah sekalipun telah berniat pada malam harinya. Ini kerana wanita itu masih berada dalam keadaan tidak suci dari haid dan dilarang sama sekali untuk melaksanakan apa jua ibadah fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah puasa.

6. Adakah sah puasa seseorang, ketika sedang bersahur terdengar azan subuh berkumandang?

Sah puasanya, dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.

7. Adakah sah puasa seseorang yang berjimak dimalam hari di bulan puasa tetapi melakukan mandi junubnya setelah terbit fajar sebelum terbitnya matahari?

Sah puasanya, sekalipun mandi wajib setelah terbit fajar. Orang yang berhadas besar sah berpuasa, kerana suci daripada hadas besar dan kecil bukan syarat sah puasa. "Ada hadis sahihain (al-Bukhari & Muslim) yang mengatakan Nabi s.a.w. berpagi-pagi (subuh) dalam keadaan junub daripada jima', bukan kerana mimpi, kemudian baginda mandi dan berpuasa." (ibid.)

8. Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut hari di Mekah atau negeri yang lain kerana negeri tersebut kelihatan anak bulan lebih awal?

Tidak harus kita berpuasa atau berhari raya mengikut negeri-negeri tersebut kecuali negeri tersebut berada dalam satu matla'.

9. Bilakah masa yang sesuai untuk membayar fidyah puasa? Perlukah kita menunggu sehingga bulan Ramadhan sebelum kita membayarnya?

Masa yang sesuai untuk membayar fidyah puasa adalah dengan kadar segera dan seharusnya tidak perlu menunggu sehingga bulan Ramadhan berikutnya.

10. Adakah batal puasa saya sekiranya saya melakukan aktiviti renang?

Melakukan aktiviti renang dengan niat untuk menyejukkan badan adalah makruh. Tetapi apabila air tersebut masuk ke dalam rongga yang terbuka seperti hidung, telinga dan sebagainya, maka hukum puasanya adalah terbatal dengan sebab melakukan aktiviti renang dengan sengaja.

11. Adakah terbatal puasa setelah bangun dari tidur dan didapati telah keluar air mani akibat bermimpi?

Tidak batal puasa tersebut. Apabila keluar air mani kerana bermimpi adalah bukan perkara yang disengajakan.

Sumber : JAIS

July 9, 2011

Terahsia Bangsa Melayu




Siapakah Melayu?Darimanakah asalnya Melayu itu?Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel,Atlantis,Lemuria,Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog,rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini.Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,'di penghujung dunia'.Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan.'Di hujung dunia',setelah penat mengembara,bangsa misteri berehat dan berehat...tidur dengan lenanya...senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri,tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!

June 11, 2011

Impianku

Sejak dulu kala aku mengidamkan
tak lame lagi aku akan dpt kan kau jugak
bila saje aku dpt kelisa mini cooper ni
ape lagi, round2 1malaysia . tak kire la pape pun
aku nak jugak jalan2 sume pelosok malaysia
dari pagi smpai la mignight . teruskan perjalanan
itu mmg impian aku dari kecik !
Tengok tu ! betapa indah nye malaysia ni . 
tunggak utama destinasi aku ni . 
perhh ! lepak kat pantai bersantai n find the mood . haha

ma ajmala..kita merancang tuhan yg tentukan .
ape2 hal usaha tu penting untk mcapai kejayaan .

June 5, 2011

Make a wish

Happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to emy
happy birthday to you

on : 4/6  tarikh yang disegani
oleh kaum adam . hee
haloo hamiza kek ni untuk awak ,  haha
dipanjatkan doa 
semoga panjang umur , murah rezeki , happy2 slalu ye ..



April 28, 2011

kekasih yg tersirat ! Subhanallah..

aku ada kekasih hati
macam mana rupa dia aku pun x tahulah sbb aku x pernah jumpa dia
walaupun aku x pernah jumpa dia, dia selalu kirim surat cinta dekat aku
sweet sangat kannnnn?

aku x pernah tengok dia, tapi untuk pengetahuan korang, dia sentiasa tengok aku
kadang2 rasa seramlah jugak sebab diperhatikan
nak buat jahat pon pikir banyak kali sebab nanti kalau dia tahu aku buat benda yg dia x suka, dia marah aku
tapi, lagi banyak kadang2, aku rasa selamat
yelah, dah kita tahu ada yg tengah tengok kita, jaga kita dari jauh
best jek perasaan dilindungi tu tahu x?

kekasih hati aku ni, sweetnya mengalahkan maduuuuuu
bayang, dia tahu jek apa yang aku rasa
kalau aku rasa sedih, dia pujuk aku dengan puisi2 indah dalam surat cinta dia
kalau aku rasa gembira pon, dia still bagi surat cinta dia kat aku
tapi selalunya, kalau aku gembira, jarang aku nak baca betul2 apa yg dia tulis dalam surat dia tu
kekasih yang teruk kan aku ni?

lepas tu, kekasih hati aku ni, dia dah janji macam2 dekat aku
dia kata, kalau aku ikut perintah dia, tinggalkan larangan dia, dia ajak aku jumpa suatu hari nanti
jumpa pon bukan kat tempat2 biasa
eleh, setakat jumpa kat taman bunga tu, LAME lahh
kekasih hati aku ni, janji nak jumpa dekat tempat yang paling indah yang x pernah kita pergi
kalau dalam surat2 dia, dia ada cakap, tempat yang dia nak ajak jumpa tu, ada sungai mengalir kat bawah dia
ada buah2an, ada pelayan yg ganteng2, ada macam2lah
bak kata dia, apa jek yang x dak kat situ?
haaa, best kan? romantik kot kekasih hati aku ni. issshhh, jangan jeleslah.

eh jap, lupa pulak
jangan ingat kekasih hati aku ni kuat mengongkong pulak sebab dia suruh aku ikut arahan dia dan tinggalkan larangan dia
memanglah dia suruh aku ikut arahan dia, tapi dia x sekali2 pon mengongkong
haaa, korang tahu x apa yang dia suruh buat tu?
kalau korang tahu, mesti korang pengsan sebab romantik sangat dia ni
aku nak bagitau pon malu *blushing*
dia kan, ehem, suruh aku jumpa dia selalu
waktu wajib jumpa lima kali sehari
lepas tu, dia suka kalau aku jumpa jugak dia waktu2 lain yang dia x wajibkan
dan, dia jugak suruh aku ulang2 baca surat cinta dia tu
kalau boleh, hafal teghuih
alahaiiiii, sweetnyaa~~

lagi kan, kekasih hati aku ni punyalah pemaaf
aku walaupun tahu dia sentiasa tengok aku, aku still buat benda2 yang dia x suka
tapi, dia x marah direct
dia diam jek, tunggu aku sedar sendiri
lepas aku sedar kesalahan aku, dia xdaknya nak merajuk2 ni
dia maafkan jek terus walau sebesar mana pon kesalahan aku tu
baik kan? kekasih korang ada yang macam tu? haaa, xdak!

lepas tu, kekasih hati aku ni, dia suka kalau aku cakap pasal dia dekat kawan2 aku
dia senyummmm jek, wahhh!
dan, dia ni kira macam penaja hidup aku jugaklah
dia sponsor segala benda
untuk pengetahuan, aku x pernahlah rasa susah sebab semua benda dia dah bagi

tapi, macam korang2 jugak, dah kekasih hati ni mestilah ada gaduh2 kan
tapi, gaduh kitorang sweet
dia cocok sikit aku dengan x bagi benda yang aku nak
menangis-nangis aku tahu setiap kali dia buat macam tu
lepas aku dah menangis2 tu, dia baru bagi benda yang aku nak tu
kalau x pon, dia bagi benda yang lebih bagus dari benda yang aku nak tu
cehh. dia memang, saja suka buat aku nangis
dia kata, dia suka kalau aku menangis sambil cakap2 dengan dia
dia kata aku comel masa tu. wekkkk. jangan jeles!

haa, ada lagi
nak tahu x, kekasih hati aku ni popular sangatttt
kat mana2 orang sebut pasal dia
uuuuu, bangga aku kekasih hati aku hot :P
dan, dia ni, ada banyak jugak kekasih hati yang lain
tapi aku x jeles, sebab dia x pernah abaikan aku
malah, kitorang 'madu2' ni, saling berkasih sayang lagi
hohoho, pelik bin ajaib!

hebat x kekasih hati aku?
sama ke dengan kekasih hati korang yang geli2 tu?
haa, kalau terasa nak kekasih hati macam aku, cepatlah
space ada banyak sangat lagi ni
jom jadik madu aku jom! ^_^

April 21, 2011

Chatting+Dating=Bunting

 waa . tengok byk gile . mcm malas nak bace pun ade kan . haha . takpe bace jea , muhasabah diri kite ni .

SMS punye angkara <utk MUSLIMAH....SGT3 PENTING!!!>

Wlpon artikel nih utk ppuan, tp org laki ley gop bace.. :)

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy

prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite

bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan

mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik

utk awk…

3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau..

jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy

tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je

ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,wak..awk

cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy

lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm

hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk

awk. sy tringin gak nk jd cm member2 sy. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek?

Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai

apa je kan .. tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,syg la pmberi semangat utk

bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan

membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia

kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk!

i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse

dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa

abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina

lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg

bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg

eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske

abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td

kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah

memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50%

je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at

the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg

special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat

wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u

too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan

milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg

cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

**************************************************
*******

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan

sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,,utk kebaikan kita berdua,,lebih baik

syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing

xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg,,abg xbleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dgn

family or member,,malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg

besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan

anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga

kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin

kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..

- si lelaki mencari mangsa baru..

- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...so hati2 wahai WANITA...

reminder to you and me.( renung-renungkan untuk semua )

April 19, 2011

Join ler


mari mari mari ! 
yang jauh kite dekat2 kan
yang dekat kite rapat2 kan
yang rapat kite ringan2 kan
jari jemari kite
untuk join kolony .
terbaek dari ladang !
_______________________________________________________________
setinggi-tinggi penghargaan buad
http://bringsabtolife.blogspot.com

kerana telah memeriahkan lagi blog ini .
diucapkan ribuan terima kasih

April 17, 2011

♫ muzik ♫


Heyya readers ! kali ni aku nak cite siket psl muzik . atau lagu secara ringkas nye .
korang percaye tak , ade sesetengah lagu ni boleh mengingatkan kite tentang memori2 yg lalu
atau lebih kpd kenangan dgn org yg kite sayang or special person ur ever have . ehemm..mcm ade pape je . haha .  what ever .

tp memang betul la . ikut fakta , air akan berubah bentuk molekul mgikut lagu , 
dendangan , alunan suare dan sewaktu dgn nye . 
mengape tidak pada hati ???
  • kadang-kadang hati kita tenang
  • kadang-kadang jiwa kita kacau
  • kadang-kadang kita bersedih
haaa...
selame aku hidup 17 tahun , belum 18 lg ..
ramai yg myokong fakta bahawa lagu boleh 
mengubah hati seseorang apabila ia mendengar nye .
sampai kan ade yg mengeluarkan air mata.
tak kire la airmata sbb menangis ke , terharu ke , gembira ke .
bukti nye .
mmg betul2 terjadi kat aku..
bukan nak buad cite tipu , bukan nak bangge diri . takk
mmg betul . mcm ni ......

  • Sabtu 16/4/2011
kire semalam laa . aku nan member2 aku pergi chill kat SS . mignite .
tgh2 mkn tu dga lagu yellowcard-only one
tap ! terus aku teringat kan kat dia . sbb die suke sgt dgn lagu tuh . 
  now ,she's moving out . at singapore , kire2 da nak dekad 3 tahun lostcontact ,  even die bukan gf or ex-gf
 but she's my bestfriend die kwn baek , baek sgt nan aku ..
fullstop
laila's lounge-wajah
Dazmelon-terbang
Joanna & co-aku pelangi
  • mengingatkan aku : time harok indie band

natalia imbruglia-torn
fergie-glamouros
  • mengingatkan aku : mase form1 kne rotan kt bilik guru
time tu ade cikgu pompan bukak radio . aku dengar lagu , tak dengar cikgu bebel  .

paramore-misery business
Paramore-thats what you get
  • first lagu yg aku dga . time tu baru aku minat kat band ni .band feveret aku

  black eyes peas-meet me half way
  • mengingat kan aku : mase form2 aku kerja kt jusco tiap2 pagi mc bukak lagu ni 

aku bukan nak buad fakestory . tp ni memang betul terjadi kat aku . 
tp korang mesti ade gak kan rase mcm ni bile dga some kind song yg pena korang minat dulu .
jd tak mustahil la . ade jugak dgn muzik sifat seseorang tu berubah . 
sbb muzik ni ade kait rapat dgn jiwa kite gak .
slalu korang dengar , tengok kat baju2 (kami jiwa music) or anything else yg berkait rapat dgn ni la
betul tak?

ade sesetengah lagu / lirik maybe buad akidah kite terpesong
mcm lagu2 barat yg memuja tuhan mereka , atau berkaitan freemason . 
tp tak semua . cume kite kne lebih bhati-hati memilih lagu . ade lagu yg membawa impak positif dan ade yg takk . aku pun gile muzik gak mcm org laen , sume lagu aku layan , janji rock n roll ! yeah..

jadi renung2 kan . hehe .

April 12, 2011

awak ni cute la !

Sabrina bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop.

Password : ******

~~~~~~~~

Welcome

Cursor di arah ke YouCam.

“nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!”

Klik..klik..klik…

Save in…’aku cute’ folder.

Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect…

“Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”

www.facebook.com

email password

aku_cute@yehaa.combact ******

upload photo

create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~

location : -

“da settle da upload..yes!”

Muhd Khairy likes your photo

Boboy commented on your photo

Haziq, haikal, boboy and 26 others friends commented on your photo.

“Giler banyak..hehe baru je letak kot”

Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy!

Khairi : cun abis~

Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~

Sabrina : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…

1 message received

Opening……

Unknown :

wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu y awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =)

( bengang siot kalau aku jadi pompan tuh ) hahaha....

April 8, 2011

terharu + bedekah + geli hati

hoyy ni aku nak cerite sket kat korang !
siang tadi aku tunggu member aku kat kawasan skolah . tetibe aku nampak budak sekolah baru nak pegi skola
ttin tinn member aku (kechik) sampai sambil bunyi kan hon . pastu aku tye kechik 
aku : kau nmpak budak skola tu?
kechik : nampak2 . asal ?
aku : kau tak pakai baju skola lak ?
kechik : aku skola pakai t-shirt jee . 
kau asal tak pakai baju skola?
aku : aku ABC la . hhaha
kechik :same la kite
hahahahahahahahaa
kechik : jum belah cepat nanti cekgu panggel kite mask kelas !
aku : baik bos . 
tergelak aku bile tengok budak2 ni nak masuk skola . dalam hati aku ckp blaja la rajen2 ye , jgn hampe kan makbapak kau . haha ( perangai aku mcm syaitonn ) . 
bye2 sekolah !!
rindu kau . 

imbas kejap la serba serbi tentang skola aku . kite kongsi pengalaman nak ?
hehe

bab2 yg aku suke tntang skola
maksod aku asrama . hehe . tiap2 minggu kumpul kan budak2 junior buad mahkanah sndiri 
 menangis la korang sebelom korang dinangis kan . huahuahua
kepale yg suke buat sume ni ialah faris(boy)
nak tau sape boy? ni lah die . otai beb die nie..anjing blakang skola pun takot engok die . hehe
ape2 problem dak2 ni buad hal kumpol la kat bilek die . 
aku pun malas sebenarnye nak masok campor kalau ade hal
tp die asek panggel aku n afiq(sebilik dgn aku)
suruh tolong die settle kan masalah dak2 ni
skali skale je aku datang bilek die
hah ! aku pukul kau kang , ckp sape yg kacau pompan smlm ? 
junior : saye tak tau bang ! sumpah !
(terbaik dari ladang)
aku ingat lagi die ni ckp skema time soal dak2 ni
hahaha............. fullstop !
tumiran nama nya diberi oleh org tue nye . kelas aku kat atas ni jee . dak2 ni tade kije , time die lalu jee menganjeng die dari atas ! mmg kiteorang suke . lg satu , mmg perangai die tak cantik ! suke bg tau disiplin kalau dak2 ni buad hal . huh ! mmg ptot kne rijek .

tengah2 lepak2 kt kakilima tetibe """""""
kamu ! kenape bersidai kat luar? masuk kelas ! bersidai je korang ni ! spm dah nak dekad , jangan tau nak maen jee .
cekgu sound dari bawah . hehe
mende2 ni sume tiap2 hari kne . mcm jadual kelas . sebab tu la smpai sekarang aku masih egt lg . *chehh baru berape bulan tinggal kan skola da mcm 10 taun kau bebual ea . hehe

dah sampai sine je la aku kongsikan . penad aku men-type nie . laen kali kalau aku ade cite nak dicerite kan . aku post lg okeh ? 
byebye !

April 2, 2011

Bila nak update blog ???

dub dab dub dab........dah tiba bulan april ! 

Pojan ! bile nak update blog? jawapan aku pada persoalan tuh, hah tunggu lah, nanti aku update ye..aku baru je lagi berjinak2 dengan dunia blog nih, sebelom ni lagi laaa....haremmmm kalau muke aku ni nak update blog kan. asal jumpe ayat baekk2 jee perangai aku terus jadi liar macam copycats ! .huhu . tp aku tak selalu buad . bendose tuh allah marah .
Kalau idea aku byk yg bernas2 , hah...memang tiap2 jam aku update, macam update status kat Facebook, hehe..tak kan la nak update blog dengan 2baris ayat je kan, emmm nanti korang jugak yang tak nak singgah minum kopi kat blog aku , boring...bosan...nanti org cakap dlm hati dorang..

"Pojan2 , rajin la update blog" sambil "mata ke atas tangan kat bahu" bhahaha..
Selain dari update gambar kat facebook , aku pon nak juga jadikan blog aku nih blog yang pelbagai, so tak la bagi korang yang baca blog aku ni bosan, asek2 post lame yang ayat  tatabahse tak betul ! hehe, tak dak lain ka...ok2...aku try ye untuk mempelbagaikan lagi blog aku dgn gerak ceri! hokeyh,

WALAUPUN....tak de orang komen, "bkn takde langsung , ade la dlm cipot 2 cipot" bhaha....adoi...haha. aku pon sekarang ni tengah memikirkan idea apa yang aku nak modifite dlm blog  berhantu aku nih selain daripada tukar2 lagu,ade sesetengah org tuh ade jee idea nak di update kan , kreatif n motif betul . bhaha . ada sape yang ley bagi cadangan?? hah sila kan..hantarkan jawapan anda berbentuk poskad...dan hantar ke 32333.Kalau sape yang ley hantar, silakan la ye..hehehe..anda memang ajaib.

March 26, 2011

mereka tahu !

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang baik takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang soleh sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.

Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..Wahai wanita, ku ingatkan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini..

March 24, 2011

Assalamualaikum !!


aku rindu la dgn rmbot aku dulu , walaupun tak sehebad rambot die nie , sekarang aku MR.BOO . HAHA . baru blek plkn  . rasenye lame lg kod rmbot aku nak pnjg semula . nak tak nak kne la tggu gambar ni aku rembat kat photobucket


  pejalanan hidup aku maseh jauh lg ! byk bende yg aku kne tahu , kne la tambah kn ilmu pgetahuan,so kne la further study ,aku da mohon borang upu ipta sume tu n mohon maktab skali . result pun oke insyallah tade masalah la . rezeki tu ade kat mane2 jea


ni lah jusco tebrau city tmpt aku kije skrg . jusco terbesar asia tenggara kodd ??. nth laa  .   buad sementare ni aku kije dulu dlm sbulan stengah or 2 bulan ni . nak tampung kewangan aku utk beli brg2 yang
aku da terget nak beli . lg 1 , member aku suruh aku beli fixiebike , nti senang konvoi ekot die .  . aku ckp neok la bulan dpn  haha.

March 20, 2011

Kata kaum Adam (-,-)

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

 betul ke semue lelaki mcm tu??

March 16, 2011

YEAH ♫

terbaru dari ladang !


(NATIONAL SERVICE)
kem ypj sekakap eeiii
3,4
bendera kompeni(Bravo)
 kompeni terbaik jatuh pd Bravo
kek kompeni aku