August 1, 2011

Hantu Dibulan Ramadan

BLOG !! lu ape cite skrang? haha
lame beb aku tak update blog ni , ntah2 da berhantu branak lima.. 
aku sbenarnye busy sangat2 doe nak update lu . 
nak2 gua skrg ni study . lg la busy beb...
kalau aku update pun mende bangang2 je aku post kn entry yg aku copy paste . 
hahahaa . aku pun tak tau knpe .. 
skrg pun da masuk bulan barakah . bulan ramadan . 
bulan feveret aku tuh.. haha bulan ni la yg akan mgajar kite semua umat islam erti kesabaran .
sbb tu la bulan ni dpanggil bulan madrasah iaitu bulan sekolah , bulan ramadan ni akan myekolahkan kite . hee

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” [Al Baqarah:183]
Dari ayat di atas kita ketahui bahwa tujuan berpuasa itu bukan sekedar menahan lapar dan haus. Tapi agar kita jadi manusia yang bertakwa. Takwa itu artinya menjalankan seluruh perintah Allah dan menjauhi semua larangannya.
Doa tahan puasa :
DENGAN NAMA ALLAH
 ( Allahumma wabaringsana wabaringsini wataktahan wamaumati
walihatjam masihlamalagi takdenasi watibaimeggi nantilainkali wakasiganti )
AMINNN
hahahaa
sekadar gurauan dibulan puasa saja . 
selamat berpuasa semua

July 31, 2011


Memandangkan ramai sudah tahu tentang kaifiat puasa, saya cuma menyenaraikan sedikit kemusykilan yang mungkin ada berkaitan puasa.

1. Semasa mengerjakan ibadah puasa, saya telah termuntah dengan teruknya sebanyak 3 kali. Adakah puasa saya telah terbatal?

Tidak batal kerana saudara muntah dengan tidak sengaja.

2. Adakah sah puasa saya sekiranya saya memberus gigi selepas azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?

Sah puasa memberus gigi selepas azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.

3. Saya ingin bertanya apakah hukumnya samada batal atau tidak puasa sekiranya saya memakai kanta sentuh (contact lens) di bulan puasa kerana saya akan menitikkan ubat mata (lens drop) apabila mata saya kering?

Sah puasanya kerana mata bukanlah rongga yang terbuka. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.

4. Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi yang berpenyakit asma) semasa berpuasa?

Menggunakan 'inhaler' semasa berpuasa boleh membatalkan puasa. Dalam hal ini perlu dilihat orang yang berpenyakit asma yang kehidupan hariannya sepanjang hayat bergantung kepada penggunaan 'inhaler' (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan. Tetapi jika penggunaan 'inhaler' hanya pada waktu ia memerlukan sahaja (kritikal) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa, puasa tersebut dihukumkan terbatal dan ia wajib mengqada semula puasa tersebut.

5. Apakah kedudukan puasa bagi wanita yang telah kekeringan haid pada waktu malam bulan Ramadhan tetapi tidak sempat mandi hadas besar sehingga terbit fajar?

Menurut ulama shafi'iyah terdapat 4 perkara yang menentukan sah atau tidaknya puasa seseorang. Antaranya:

Islam
Berakal
Suci dari haid dan nifas sepanjang hari
Dilaksanakan pada waktunya

Sekiranya seseorang itu didapati telah kering haidnya pada malam bulan Ramadhan, sewajarnya dia segera menyucikan dirinya dengan mengangkat hadas besar(mandi hadas). Ini supaya dia dapat berpuasa pada keesokan harinya setelah berniat pada malam harinya.

Dalam kes ini, sekiranya wanita terbabit tidak sempat untuk mengangkat hadas besar sehingga terbitnya fajar, maka puasanya tidak sah sekalipun telah berniat pada malam harinya. Ini kerana wanita itu masih berada dalam keadaan tidak suci dari haid dan dilarang sama sekali untuk melaksanakan apa jua ibadah fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah puasa.

6. Adakah sah puasa seseorang, ketika sedang bersahur terdengar azan subuh berkumandang?

Sah puasanya, dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.

7. Adakah sah puasa seseorang yang berjimak dimalam hari di bulan puasa tetapi melakukan mandi junubnya setelah terbit fajar sebelum terbitnya matahari?

Sah puasanya, sekalipun mandi wajib setelah terbit fajar. Orang yang berhadas besar sah berpuasa, kerana suci daripada hadas besar dan kecil bukan syarat sah puasa. "Ada hadis sahihain (al-Bukhari & Muslim) yang mengatakan Nabi s.a.w. berpagi-pagi (subuh) dalam keadaan junub daripada jima', bukan kerana mimpi, kemudian baginda mandi dan berpuasa." (ibid.)

8. Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut hari di Mekah atau negeri yang lain kerana negeri tersebut kelihatan anak bulan lebih awal?

Tidak harus kita berpuasa atau berhari raya mengikut negeri-negeri tersebut kecuali negeri tersebut berada dalam satu matla'.

9. Bilakah masa yang sesuai untuk membayar fidyah puasa? Perlukah kita menunggu sehingga bulan Ramadhan sebelum kita membayarnya?

Masa yang sesuai untuk membayar fidyah puasa adalah dengan kadar segera dan seharusnya tidak perlu menunggu sehingga bulan Ramadhan berikutnya.

10. Adakah batal puasa saya sekiranya saya melakukan aktiviti renang?

Melakukan aktiviti renang dengan niat untuk menyejukkan badan adalah makruh. Tetapi apabila air tersebut masuk ke dalam rongga yang terbuka seperti hidung, telinga dan sebagainya, maka hukum puasanya adalah terbatal dengan sebab melakukan aktiviti renang dengan sengaja.

11. Adakah terbatal puasa setelah bangun dari tidur dan didapati telah keluar air mani akibat bermimpi?

Tidak batal puasa tersebut. Apabila keluar air mani kerana bermimpi adalah bukan perkara yang disengajakan.

Sumber : JAIS