September 28, 2012
i got a new khulasah madad
Terima kasih sahabat, buat susah2 je kau bg aku dtg jauh2,ingat yaman tu dekat ke? mcm kedah ke jb? haha... kini aku tau, apa yang kita sayang suatu hari nanti pasti akan hilang,caranya mcm mane? cara yg tidak kita duga. ya itulah takdir... takdir pula telah menggantikan yg baru untuk menggantikan yg lama.. yg lama mcm mane? dah hilang kan? setelah sekian lama mencari, sekian lama menunggu, terpaksalah dilupakan.. yg baru ni pulak? aku akan jaga betul2, aku akan amalkan sepertimana aku buat yg lama.. semoga habib umar al-hafiz dpt mengembangkan dakwahnya ke serata dunia..
September 15, 2012
Petanda kedua mempelai
Berikut adalah 4 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
.
*yg ketiga tu kita bukan org nye kn. so jgn risau la. ur the first and the last dear.......
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
.
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
.
3.Terima Kita Seadaanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. .
. .
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. .
. .
April 7, 2012
habluminllah wa habluminnas
Andai hatimu resah bacalah quran agar keresanhanmu menemui jalan penyelesaian.
sesungguhnya allah bersama orang yang bersamanya..
disaat engkau merasa sedih jgn kau ratapi kesedihanmu itu dengan mengeluarkan air mata yg banyak , sebaliknya mengadulah pada yang maha kuasa, maha mendengar segala masalah hambanya.
. janganlah engkau berdoa agar diminta jauhkan segala ujian yang mendatang,sebaliknya mintalah agar dikuatkan imanmu.
. kata-kata ini hanya akan sampai kpd hati-hati yang mampu berfikir,
kata-kata ini bukan sekadar kata objektif,malah ia juga mengandungi maksud yang tersirat.
setiap manusia mempunyai sifat simpati terhadap sesama manusia mahupun kepada haiwan,
akan tetapi tidak semua manusia yang mempunyai sifat empati.
membayangkan keadaan seseorang yang lain dan menghayati sebagai diri kita.
selalukah anda membaca kalamullah? pernahkah anda membaca surah al-kahfi? perasankah anda pada ayat ke-19? terdapat perkataan
Wal yatalat-taf walaa yush-‘ironna bikum ahada.
kebanyakkan al-quran yang ada di malaysia ini ,
pada ayat 'wal yatalat-taf' berwarna merah?
persoalannya, apakah ia satu simbolik?
adakah ia sesuatu kejadian yang dasyat pada masa dulu?
ataupun perkara baik ?
tapi kenapa perkataan tersebut berwarna merah?
menurut sumber yang tidak diketahui,
perkataan tersebut diwarnakan merah kerana dikatakan bilamana semasa saidina Ali karramallah wajhah membaca ayat ke-19 beliau dibunuh dan darahnya menitis pada perkataan itu.
pernahkah anda terfikir sebelum ini,kenapa orang kafir lebih maju dan cerdik pandai .
kenapa kita ini orang islam tidak mundur dan tidak maju. persoalan ini terlalu umum.
baiklah, pernahkah anda terfikir?,
kenapa sesetengah orang islam yang tidak menjaga hubunganmya dgn allah hidupnya nampak bahagia, kenapa pula kita ni yang solat tidak tinggal selalu ditimpa musibah.
persoalan tu banyak bermain difikiran orang yang berfikir.
jawapannya ada pada diri sendiri. apa yg dapat dirumuskan ialah,
tidak seharusnya kita perfikiran kolot seperti tu,
sebaliknya kena positive thinking. janganlah kita melihat dgn bola mata,tetapi lihatlah dgn mata hati. kita tidak tahu apa kesudahannya, semua itu kerja yang maha kuasa. maha perancang. ingat! kita merancang allah juga merancang,tetapi sebaik-baik perancang ialah allah..
konsep defisit pahala juga wujud dalam kalangan muslimin dan muslimat.
defisit pahala juga merupakan antara salah satu faktor hati tidak tenteram.
maklumat lanjut berkaitan defisit pahala sila rujuk buku berjudul 'meniti jalan suci'
#entry kali ni lain dari yang lain.
insyallah kalau ada senggangan masa sy post lg.
wassalam.....