April 7, 2012

habluminllah wa habluminnas



Andai hatimu resah bacalah quran agar keresanhanmu menemui jalan penyelesaian.
 sesungguhnya allah bersama orang yang bersamanya.. 
disaat engkau merasa sedih jgn kau ratapi kesedihanmu itu dengan mengeluarkan air mata yg banyak , sebaliknya mengadulah pada yang maha kuasa, maha mendengar segala masalah hambanya.
. janganlah engkau berdoa agar diminta jauhkan segala ujian yang mendatang,sebaliknya mintalah agar dikuatkan imanmu.

. kata-kata ini hanya akan sampai kpd hati-hati yang mampu berfikir,
 kata-kata ini bukan sekadar kata objektif,malah ia juga mengandungi maksud yang tersirat. 
setiap manusia mempunyai sifat simpati terhadap sesama manusia mahupun kepada haiwan, 
akan tetapi tidak semua manusia yang mempunyai sifat empati.
 membayangkan keadaan seseorang yang lain dan menghayati sebagai diri kita.
selalukah anda membaca kalamullah? pernahkah anda membaca surah al-kahfi? perasankah anda pada ayat ke-19? terdapat perkataan 
Wal yatalat-taf walaa yush-‘ironna bikum ahada. 

kebanyakkan al-quran yang ada di malaysia ini ,

 pada ayat 'wal yatalat-taf' berwarna merah?

 persoalannya, apakah ia satu simbolik?

 adakah ia sesuatu kejadian yang dasyat pada masa dulu? 

ataupun perkara baik ? 

tapi kenapa perkataan tersebut berwarna merah? 

menurut sumber yang tidak diketahui,
 perkataan tersebut diwarnakan merah kerana dikatakan bilamana semasa saidina Ali karramallah wajhah membaca ayat ke-19 beliau dibunuh dan darahnya menitis pada perkataan itu. 
namun sumber itu tidak dapat dibuktikan sehingga kini.


pernahkah anda terfikir sebelum ini,kenapa orang kafir lebih maju dan cerdik pandai . 
kenapa kita ini orang islam tidak mundur dan tidak maju. persoalan ini terlalu umum.
baiklah, pernahkah anda terfikir?, 
kenapa sesetengah orang islam yang tidak menjaga hubunganmya dgn allah hidupnya nampak bahagia, kenapa pula kita ni yang solat tidak tinggal selalu ditimpa musibah.
persoalan tu banyak bermain difikiran orang yang berfikir.

 jawapannya ada pada diri sendiri. apa yg dapat dirumuskan ialah,
 tidak seharusnya kita perfikiran kolot seperti tu, 
sebaliknya kena positive thinking. janganlah kita melihat dgn bola mata,tetapi lihatlah dgn mata hati. kita tidak tahu apa kesudahannya, semua itu kerja yang maha kuasa. maha perancang. ingat! kita merancang allah juga merancang,tetapi sebaik-baik perancang ialah allah.. 

konsep defisit pahala juga wujud dalam kalangan muslimin dan muslimat.
defisit pahala juga merupakan antara salah satu faktor hati tidak tenteram. 
maklumat lanjut berkaitan defisit pahala sila rujuk buku berjudul 'meniti jalan suci'

#entry kali ni lain dari yang lain.
insyallah kalau ada senggangan masa sy post lg.
wassalam.....

No comments:

Post a Comment